Windows 8 adalah versi sistem pengoperasian Microsoft Windows komputer Windows 7. Ia telah banyak melakukan perubahan dari versi sebelumnya. Secara khususnya ia menambahkan sokongan untuk mikropemproses ARM tambahan kepada mikropemproses x86 dari Intel dan AMD yang disokong sebelumnya. Antaramuka skrin permulaan baru telah ditambah yang telah direka untuk input skrin sentuh.
Sistem Pengoperasian
Sunday, 20 November 2011
Friday, 18 November 2011
Proses
- Merupakan aturcara yang digunakan.
- Sebagai entiti yang memasuki pemproses.
- Berada dalam 3 keadaan :
~~> Berjalan pada CPU
~~> Bersedia untuk berjalan pada CPU
~~> Menunggu, biasanya pada peranti I/O
- Apabila pemprosesan tamat proses dikeluarkan dari sistem.
- Satu proses boleh mencipta proses yang lain.
~~> Proses induk
~~>Proses anak
~~>Contoh : proses menghitung matriks boleh mencipta beberapa proses menghitung lajur.
- Beberapa proses yang berlaku serentak mesti berkomunikasi antara satu sama lain.
~~> Untuk siapkan tugasan bersama.
~~> Untuk bertanding menggunakan I/O atau ingatan.
Pemprosesan Maya
- CPU melaksanakan satu suruhan dalam satu masa.
~~> Pemprosesan berjujukan.
- Proses capaian dari I/O dan ingatan lambat berbanding pemprosesan di CPU.
~~> CPU membazir waktu menunggu.
- Untuk tingkatkan penggunaan CPU.
~~> Benarkan pemprosesan serentak.
- Sistem perkongsian masa.
~~> Beberapa terminal dihubungkan dengan 1 CPU.
~~> Pengguna seperti menggunakan CPU sendiri.
- Penggunaan tetingkap.
~~> Beberapa aplikasi berkongsi menggunakan satu CPU.
Pengenalan Komponen OS
Juruaturcara tidak bekerja dengan perkakasan secara langsung tetapi secara maya.
Kemudahan yang disediakan oleh sistem pengoperasian adalah:
- Pemprosesan perkataan
- Ingatan maya
- Peranti I/O
- Set suruhan maya
- Pengendalian sistem fail
Thursday, 10 November 2011
Cara Install Mac OS
Mari kita belajar cara memasang atau install Mac OS. Bagi sesiapa yang ada laptop atau pc Mac bolehlah anda lihat bagaimana untuk memasang Mac OS ni.
1. Sekarang restart semula PC anda dengan 'Snow Leopard DVD' di dalam (pastikan anda membuat backup data dahulu atau menggunakan cakera keras baru / kosong).
2. Tekan F8 dan bootkan kepada Snow Leopard.
3. Taip seperti ini : -v cpus=1 -v
4. Tunggu sebentar sehingga mencapai paparan seperti di bawah.
5. Setelah itu pilih bahasa anda.
6. Anda akan dapat lihat paparan 'Welcome to the Mac OS X Installer' dan kemudiannya anda klik pada Utilities dan pilih Disk Utility.
7. Seterusnya pilih 'partition' untuk membuat partition bagi proses installation.
8. Pilih 'Erase'.
9. Anda boleh membina 2 partition.
10. Masukkan nama.
11. Apabila sampai kepada syarat kepada 'software agreement', anda perlu pilih agree untuk meneruskan proses installation.
12. Pilih destinasi anda.
13. Apabila anda mencapai pada paparan 'Install Summary', sebelum anda install, perlulah dipilih kepada customize.
14. Pilih 'Video Driver' anda.
15. Klikkan pada AMD jika anda menggunakan AMD processor.
16. Pilih 'Network Card' anda.
17. Jika anda tidak tahu 'Sound Card'.
18. Akhir sekali anda mencapai paparan ini.. Selesai.. :)
Wednesday, 9 November 2011
Cara Install Windows Vista
Pengenalan Windows Vista
Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP sebelum kehadiran Windows 7 yang keluar pada tahun 2009 lalu.
Bagaimana Nak Install Windows Vista??
1. Terlebih dahulu tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
2. Hidupkan komputer dan terusk masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin 'Windows is loading file'.
3. Skrin 'Install Windows' dipaparkan. Klik pada butang Next.
4. Klik pada 'Install Now'.
5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak 'I accept the license terms' dan klik butang Next.
6. Pilih 'Custom (advanced)' sebagai jenis pemasangan.
7. Pilihan partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik Next.
8. Proses pemasangan bermula. Tunggu sehingga proses selesai.
9. Setelah selesai proses pemasangan, skrin 'Set Up Windows' dipaparkan. Isikan nama dan kata laluan dan seterusnya klik Next.
10. Isikan nama komputer dan klik Next.
11. Pilih 'Use recommended settings' sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
12. Pilih zon masa yang betul serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat.. Klik Next.
13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
Tuesday, 8 November 2011
Cara Install Ubuntu 9.04
1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer anda boleh boot dari CD-ROM.
2. Hidupkan komputer, dan teruskan masukkan CD Ubuntu. Skrin pertama yang anda akan lihat adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan 'Enter'.
3. Di sini anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih 'Try Ubuntu without any change to your computer' untuk mencuba Live CD Ubuntu dan teruskan dengan langkah 4 sekiranya anda ingin meneruskan pemasangan Ubuntu. Pilih 'Install Ubuntu' dan teruskan ke langkah 5.
4. Disini anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon 'Install'.
5. Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang 'Forward'.
6. Pilih zon masa dan klik 'Forward'.
7. Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang 'Forward'.
8. Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Pilihan adalah seperti berikut :
- Pilih 'Install them side by side, choosing between them each startup' sekiranya anda ingin dual-boot dengan windows.
- Pilih 'use the entire hard disk' sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
- Pilih 'use the largest continuous free space' sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
- Pilih 'Specify partitions manually' untuk menetapkan partition secara manual. Tapi ia bagi pengguna yang berpengalaman sahaja.
Setelah memilih, klik pada butang 'Forward'.
9. Masukkan nama, nama log in, password serta nama bagi komputer anda. Klik 'Forward'.
10. Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang 'Forward'.
11. Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu sehingga ianya selesai.
12. Setelah tamat, klik pada butang 'Restart Now'. Stelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)