Ia adalah perisian pertama yang pengguna akan nampak setelah komputer di 'ON' kan dan juga perisian terakhir yang akan dilihat oleh pengguna sebelum menutupnya iaitu 'shutdown'.
Secara asasnya, sistem pengoperasian mempunyai 2 tugas utama :
- menguruskan sumber perkakasan dan perisisan yang ada di dalam sistem komputer kita seperti :
- masa CPU memproses
- Ruang RAM yang boleh digunakan oleh setiap program
- Ruang cakera keras yang perlu untuk simpanan maklumat kekal
Bagi tugas yang pertama ini, bayangkan sistem pengoperasian sebagai ibubapa yang mengawal dan menjaga anak - anaknya (program).
Setiap program dipastikan mendapat sumber yang secukupnya (masa CPU dan RAM) sambil bermain dengan program yang lain.
Ia juga perlu memastikan sumber komputer yang terhad perlu digunakan dengan sebaiknya oleh setiap program.
- Menyediakan peraturan yang konsisten (tetap) untuk program yang berjalan agar dapat menggunakan atau berinteraksi dengan perkakasan input/output.
No comments:
Post a Comment