Tuesday, 8 November 2011

Cara Install Ubuntu 9.04

1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer anda boleh boot dari CD-ROM.

2.  Hidupkan komputer, dan teruskan masukkan CD Ubuntu. Skrin pertama yang anda akan lihat adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan 'Enter'.


3.  Di sini anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih 'Try Ubuntu without any change to your computer' untuk mencuba Live CD Ubuntu dan teruskan dengan langkah 4 sekiranya anda ingin meneruskan pemasangan Ubuntu. Pilih 'Install Ubuntu' dan teruskan ke langkah 5.


4.  Disini anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon 'Install'.


5.  Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang 'Forward'.


6.  Pilih zon masa dan klik 'Forward'.


7.  Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang 'Forward'.


8.  Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Pilihan adalah seperti berikut :
  • Pilih 'Install them side by side, choosing between them each startup' sekiranya anda ingin dual-boot dengan windows.
  • Pilih 'use the entire hard disk' sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
  • Pilih 'use the largest continuous free space' sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
  • Pilih 'Specify partitions manually' untuk menetapkan partition secara manual. Tapi ia bagi pengguna yang berpengalaman sahaja.


Setelah memilih, klik pada butang 'Forward'.



9.  Masukkan nama, nama log in, password serta nama bagi komputer anda. Klik 'Forward'.


10.  Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang 'Forward'.


11.  Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu sehingga ianya selesai.


12.  Setelah tamat, klik pada butang 'Restart Now'. Stelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.


Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment