Tuesday, 8 November 2011

Cara Install Windows 7

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 dan hidupkan komputer anda.

1.  Skrin pertama yang keluar akan memaparkan mesej 'Windows is loading files..', tunggu sehingga proses ini selesai.


2.  Kotak pertama, kedua dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik 'Next'.


3.  Klik pada butang 'Install Now' untuk memulakan pemasangan Windows 7.


4.  Tandakan pada kotak 'I accept license terms' dan klik 'Next'.


5.  Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.



6.  Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7 dan seterusnya klik 'Next'.


7.  Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.


8.  Setelah proses pemasangan siap, anda dikehendaki membuat beberapa tetapan asa terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali memasukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik 'Next'.


9.  Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik 'Next'.


10.  Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat turun dahulu dan klik 'Next'.



11.  Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih 'User recommended settings'.



12.  Pilih zon masa anda dan klik 'Next'.


13.  Kini windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP...

OVERVIEW CARA INSTALL WINDOWS 7




No comments:

Post a Comment