Pengenalan Windows Vista
Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP sebelum kehadiran Windows 7 yang keluar pada tahun 2009 lalu.
Bagaimana Nak Install Windows Vista??
1. Terlebih dahulu tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
2. Hidupkan komputer dan terusk masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin 'Windows is loading file'.
3. Skrin 'Install Windows' dipaparkan. Klik pada butang Next.
4. Klik pada 'Install Now'.
5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak 'I accept the license terms' dan klik butang Next.
6. Pilih 'Custom (advanced)' sebagai jenis pemasangan.
7. Pilihan partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik Next.
8. Proses pemasangan bermula. Tunggu sehingga proses selesai.
9. Setelah selesai proses pemasangan, skrin 'Set Up Windows' dipaparkan. Isikan nama dan kata laluan dan seterusnya klik Next.
10. Isikan nama komputer dan klik Next.
11. Pilih 'Use recommended settings' sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
12. Pilih zon masa yang betul serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat.. Klik Next.
13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
No comments:
Post a Comment